Isu pembuangan kolej bukan isu yang baru timbul dan isu ini tidak boleh dipandang remeh oleh pengurusan UKM. Mahasiswa menjadi keliru dengan sistem pemilihan yang diguna pakai oleh pengurusan kolej UKM memandangkan setiap kolej menggunakan metod pemilihan yang berbeza dan tidak jelas.
Metod pemilihan sesetangah kolej juga dilihat berat sebelah yang hanya menfokuskan kepada penglibatan pelajar di kolej semata-mata. Lebih malang, terdapat pelajar yang menyumbang, aktif dan berjawatan turut menjadi mangsa dibuang kolej.
Oleh itu, kami Republican mencadangkan untuk perkara ini dikaji semula. Berikut merupakan cadangan terbuka daripada Republican UKM untuk diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan sistem permohonan kolej kediaman.
1. UKM seharusnya mewujudkan sebuah sistem yang diguna pakai oleh setiap kolej kediaman dan menyelaraskan metod pemilihan dengan adil dan saksama.
2. Kami Republican memuji tindakan pengurusan UKM, mengutamakan golongan B20 dan B40 untuk mendapat keutamaan bagi penempatan kolej. Namun, tidak menjadi alasan bagi mereka yang tergolong dalam kelompok ini untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti universiti (kolej, fakulti, kebudayaan, pusat, dll.).
3. Pelajar yang tergolong dalam kelompok B20 dan B40 yang tidak aktif akan diminta untuk membuat permohonan "rayuan khas" yang mana metod permilihan berbeza dengan pelajar yang tidak aktif dan bukan daripada kelompok B20 dan B40.
4. Pelajar yang menghidapi penyakit kronik atau OKU diutamakan untuk mendapat penempatan di kolej malah perlu lebih diutamakan berbanding pelajar B20 dan B40.
5. Pelajar yang memegang jawatan di kolej, fakulti, pusat, badan beruniform, dan lain-lain jawatan setaraf turut diutamakan bagi penempatan kolej.
* Bukan sahaja jawatan di kolej diambil kira.
6. Sistem MERIT pelajar diselaraskan untuk setiap kolej kediaman dan sistem ini perlu merangkumi penglibatan dan pencapaian pelajar bukan sahaja di kolej, tetapi menyeluruh seperti di fakulti, pusat, sukan dan lain-lain yang berkaitan.
Kami Republican konsisten dalam memperjuangkan isu pembuangan kolej dan semoga cadangan ini diambil perhatian oleh pihak pengurusan UKM.
MPP Republican UKM juga akan menyerahkan cadangan ini kepada TNC HEPA UKM sebagai wakil mahasiswa dan membincangkannya dengan lebih teliti dan rasional.
No comments:
Post a Comment