ISU STATUS PENGGUNAAN LOGO UNIVERSITI


Kami Republican UKM ingin menyatakan pendirian kolektif berhubung isu status penggunaan Logo Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami mengajak seluruh warga UKM untuk menganalisis situasi ini secara kritikal dan bertanyakan beberapa persoalan yang timbul.

Mengapakah timbulnya isu penggunaan logo UKM secara tiba-tiba dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti yang dipengerusikan oleh Naib Canselor. Rentetan itu dan satu surat dikeluarkan pada 21 Mac 2019 yang ditanda tangani oleh TNC HEPA tentang larangan penggunaan logo oleh pelajar untuk acara pelajar dan hebahan program. Kemudiannya Kenyataan Rasmi UKM menerusi page rasmi universiti dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Koporat pada 23 Mac 2019 bercanggah dengan Fasal 2 Surat bertarikh 21 Mac 2019. Pada Perenggan 1 baris 4 - 6 menyatakan pelajar boleh menggunakan logo tersebut dengan syarat untuk mendapat kelulusan, tetapi pada Fasal 2 surat 21 Mac menyatakan larangan mutlak dan harus memakai logo persatuan/kelab sahaja.

Facebook rasmi UKM mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab bantahan mahasiswa pada hari Sabtu iaitu di luar waktu bekerja. Apatah lagi disiarkan pada jam 1.04 pagi. Adakah amalan mengeluarkan kenyataan rasmi diluar waktu bekerja dibenarkan dan menjadi amalan di UKM? Adakah UKM mengeluarkan kenyataan ini secara tergesa-gesa? Adakah larangan ini hanya dikenakan ke atas para pelajar sahaja dan tidak diguna pakai oleh penjawat awam universiti? Mengapa wujud undang-undang tidak sama rata? Sedangkan setiap rakyat adalah sama di sisi undang-undang!

Isu ini juga telah menarik perhatian vendor berdaftar UKM yang perlu membayar penggunaan hak cipta logo UKM dengan jumlah ribuan ringgit tetapi terdapat vendor lain yang menggunakan logo UKM secara sesuka hati dan meraih untung yang besar berbanding mahasiswa yang menjalankan program untuk memenuhi kredit CITRA sahaja. Mengapakah mereka ini tidak diburu tetapi menjadikan mahasiswa sebagai mangsa?

Republican UKM membantah sekeras-kerasnya larangan penggunaan logo UKM untuk aktiviti pelajar dan hebahan program! Republican UKM juga membantah sekaras-kerasnya bahawa kami perlu mendapatkan kelulusan kebenaran penggunaan logo, sedangkan program-program pelajar perlu diluluskan melalui iSTAR. Apakah itu tidak cukup?

Republican UKM menuntut agar surat yang dikeluarkan pada 21 Mac 2019 ini perlu diperjelaskan tujuannya agar tidak menimbulkan kekeliruan semua pihak.

Republican UKM juga menuntut agar satu garis panduan yang jelas perlu dikeluarkan untuk dipatuhi oleh semua pihak bermula dari pentadbiran universiti, mahasiswa dan juga vendor agar semua pihak mendapat hak yang saksama di sisi undang-undang.

Republican UKM berterima kasih kepada seluruh warga UKM terutamanya mahasiswa UKM yang menyuarakan isu ini hingga mendapat reaksi pentadbir tertinggi UKM. Ketahuilah bahawa "Varsiti Ini Republic Kita"!

Buat semua warga siswa siswi UKM, marilah kita bersolidariti menunjukkan rasa kekecewaan kita semua dan tanda sayang terhadap UKM dengan logo ini. Inilah #UKMpride yang sedang cuba dirampas!

Varsiti Ini, 'Republic' Kita

No comments:

Post a Comment

Pages