KUNJUNGAN HORMAT KE KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Pada 23 November 2018 yang lalu wakil Republican UKM telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Pendidikan. Tujuan kunjungan hormat ini adalah bagi membincangkan beberapa isu dan permasalahan yang timbul di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kehadiran wakil Republican UKM telah disambut oleh En Hannaan Khairy iaitu Pegawai Khas kepada Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan.
Kunjungan ini dilakukan 3 hari selepas UKM dilanda isu “Menyekat kuliah politik oleh Hishamuddin Rais” pada 20 November 2018 dan selepas kelibat Dr. Maszlee iaitu Menteri Pendidikan tidak kelihatan sewaktu perasmian Program Hari Gema Ilmu Sekolah@UKM 2018 pada 21/11/2018. Timbul persoalan adakah Menteri sibuk atau “merajuk”?
Wakil Republican juga telah mendengar penjelasan daripada pihak kementerian sendiri mengenai teguran Dr. Maszlee yang dilakukan secara terbuka di Facebook. Kami di Republican UKM menyokong teguran yang dilakukan oleh Dr Maszlee Malik kerana beliau telah menunjukkan bahawa UKM benar-benar mempunyai permasalahan tersebut.
Namun itu bukan agenda utama kunjungan kami ke kementerian, kunjungan kami ke Kementerian Pendidikan adalah untuk membincang tentang perkara-perkara tersebut :
1)Prosedur Kelulusan Mengadakan Program
2)Pilihan Raya Kampus
3)Reformasi Universiti
4)Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK)
5)Kesatuan Pelajar
6)Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)


Pihak kementerian telah ambil maklum mengenai perkara yang telah dibangkitkan dan akan dibawa ke pengetahuan Dr. Maszlee Menteri Pendidikan. En Hannaan Khairy juga menyatakan rasa terkejut dengan keadaan yang dihadapi oleh mahasiswa/i UKM apabila pelbagai isu yang dibangkitkan .
Pihak kementerian bersedia untuk berkerjasama dan memastikan segala agenda pembaharuan di dalam universiti dapat dilaksanakan bagi memastikan tiada lagi sekatan oleh mana mana pihak. Wakil Republican UKM amat berterima kasih kepada En Hannaan Khairy yang telah sudi mendengar permasalahan kami mahasiswa/i UKM dalam mereformasikan universiti tercinta ini .
Republican UKM akan mendokong segala usaha daripada YBM Dr Maszlee Malik dalam agenda reformasi universiti agar Universiti Kebangsaan Malaysia terus kekal menjadi sebuah universiti rakyat yang bebas dan pro kepada mahasiswa.
Varsiti Ini, 'Republic' Kita

No comments:

Post a Comment

Pages