Salam sejahtera saya
ucapkan kepada seluruh warga UKM khususnya kepada rakan mahasiswa yang kini
sedang sarat menanggung derita dek kerana masalah jerebu yang kian melanda
Malaysia akhir-akhir ini. Tujuan saya menulis hari ini sudah semestinya kerana
inign memberi kesedaran kepada mahasiswa dan juga kepada pihak pengurusan
universiti mengenai kesan bahaya jerebu yang kian teruk dari hari ke hari.
Pertama, jika masalah
jerebu ini berlaku kita seharusnya menyemak terlebih dahulu beberapa tahap
udara yang boleh dikira selamat dan berbahaya melalui Indeks Pencemaran Udara
(IPU). (Sila rujuk rajah IPU di bahagian foto.) Jika dirujuk bacaan IPU yang
berwarna kuning (100-200) menyatakan bahawa tahap udara tidak sihat untuk kita
berada diluar dan bagi bacaan yang berwarna jingga (200-300) memberitahu bahawa
tahap udara di kawasan tersebut sangat tidak sihat. Sekiranya sudah melebihi
300 sangat berbahaya dan boleh memudaratkan mahasiswa-mahasiswi sekiranya
berada di luar pada tempoh yang lama.
Bacaan IPU disekitar
Bangi pada hari penulisan artikel ini menunjukkan bacaan 210 dan bermakna
bacaan IPU yang sangat tidak sihat. Persoalan yang ingin ditujukan kepada para
pembaca sekalian adalah mengapa masih belum ada apa-apa langkah pragmatik untuk
menangani permasalahan mengenai situasi ini daripada pihak pengurusan UKM?
Adakah pihak UKM membuat perbandingan sekiranya pelajar boleh keluar beratur
untuk membeli Tealive dalam keadaan jerebu yang teruk maka mesti ia bukan menjadi
suatu masalah besar untuk hadir ke kelas betul? Namun, yang beratur untuk membeli
minuman di Tealive tersebut mungkin tidak mempunyai kelas pada hari kejadian
dan mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik. Bagaimana pula nasib pelajar lain?
Pelajar yang mempunyai sakit kronik sepertiasthma, demam dan lain-lain akibat
daripada jerebu?
Melalui
sumber KpKesihatan.com daripada kes yang dilaporkan kepada Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kes kesihatan
melibatkan daripada jerebu seperti penyakit asma, penyakit konjuntivitis dan
jangkitan saluran pernafasan. (Boleh semak gambar rajah di bahagian foto)
Ayuh
mahasiswa mahasiswi kita berfikir sejenak, adakah bacaan IPU perlu melebihi 300
baru boleh pihak pengurusan mengambil tindakan atau menunggu waktu di mana
salah seorang rakan-rakan kita jatuh tersembam muka di lantai tercungap-cungap
untuk bernafas? Jangan sampai ada warga UKM yang kehilangan nyawa baru pihak
universiti menggelabah mahu memberi cuti kepada mahasiswa. Itu sudah terlambat.
Mana keadilan nya untuk mahasiswa-mahasiswi? Adakah pihak UKM ingin mendiamkan
diri sehingga permasalahan ini tidak digembar-gemburkan lagi oleh pelajar?
Pantas
siswa pantas buka kuda-kuda bersedia mempertahankan diri dan suarakan pendapat
anda untuk diri dan mahasiswa-mahasiswi lain. Jangan jadi boneka yang dikawal
oleh mereka-mereka yang memetingkan kuasa sendiri sahaja. Hak bersuara pelajar,
mereka tidak boleh tarik dari kita mahasiswa-mahasiswi. Jangan takut jangan
gentar utamakan kesihatan anda ilmu boleh di kongso secara online melalui
e-learning dan lain-lain. Ia hanya memerlukan pensyarah yang rajin serta bijak
memikirkan hal ehwal pelajar dan dirinya dengan menyediakan bahan untuk
pembelajaran atas talian.
Akhir
kalam, pihak pengurusan universiti perlu mengambil tindakan mengenai
permasalahan ini samada ada dengan menanggu kuliah atau membuat pembelajaran
secara atas talian. Siswa-siswi jangan lah dalam perjuangan mencari ilmu kau
korbankan kesihatan diri. Ilmu setinggi Gunung Kinabalu namun jika terlantar
kerana sakit maka bagaimana mahu kau kongsikan dan praktikan ilmu yang
dipelajari? Diharapkan
mahasiswa-mahasiswi bersatu teguh dalam menentang sikap pengurusan yang
mengambil sambal lewa mengenai kebajikan mahasiswa.
Kesihatan kita di tangan kita!
Suara Mahasiswa,
Fidel,
24 September 2019
No comments:
Post a Comment