MEMARAKKAN API PERKAUMAN TIDAK MENJADIKAN MALAYSIA LEBIH BAIK



"Generasi akan datang tidak perlu belajar daripada sejarah hitam yang sama buat kali ke-2"

Ogos merupakan bulan kemerdekaan bagi negara Malaysia. Hasil toleransi yang dicapai melalui kontrak sosial antara Melayu, Cina dan India membuatkan masyarakat Malaysia  hidup secara aman damai sehingga ke hari ini. Konsep sebuah negara bangsa yang sungguh unik dan harmoni. Nilai kemerdekaan yang cukup besar ini seharusnya dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab.

"Tarikh 13 Mei 1969 tercatat sebagai sejarah hitam hubungan kaum di negara ini. Perbalahan antara kaum berlaku selepas 12 tahun negara merdeka. Akibat perasaan bongkak dengan kuasa serta penghinaan kepada kaum lain, sektor keselamatan, ekonomi dan kestabilan politik negara kucar-kacir." - Berita Harian,13 Mei 2019

Bagi memastikan peristiwa ini tidak berulang kembali, kesedaran masyarakat agar menjaga sensitiviti kaum lain itu adalah satu keperluan. lebih-lebih lagi pada era teknologi yang memudahkan lagi proses penyampaian maklumat berlaku. Keghairahan netizen bermain dengan isu perkauman kebelakangan ini cukup membimbangkan. Tindakan membakar api perkauman melalui media sosial dilihat satu tindakan dangkal yang boleh membawa kepada perbalahan yang lebih besar.

Pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam menangani isu berkaitan dengan sensitiviti kaum. Kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengawal selia negara agar kebajikan rakyat tidak kira kaum dijaga rapi mengikut lunas perlembagaan. Rakyat perlu lebih sensitif dalam menggunakan hak kebebasan bersuara.

Peristiwa hitam ini harus menjadi iktibar supaya rakyat malaysia dapat bergerak ke arah perpaduan antara kaum dan integrasi nasional. Seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum bertanggungjawab mempertahankan kemakmuran negara dan bersyukur-lah Malaysia masih aman.

#KamiRepublican
#RepublicMahasiswa
#VarsitiIniRepublikKita

Fb : https://www.facebook.com/RepublicanUKM
Twitter : https://twitter.com/RepublicanUkm
Blogspot : http://republicanukm.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Pages