PENGHINAAN TERHADAP ANGKATAN TENTERA MALAYSIA ADALAH TINDAKAN YANG BIADAP



“Anggota tentera, seperti yang kita ketahui, hanya makan dan tidur sahaja. Majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran. Sepatutnya mereka digunakan untuk ganti pekerja asing yang diupah di ladang FELDA,”

Kami Republican menyelar kenyataan seorang ahli perniagaan menghina dan memperlekehkan Angkatan Tentera Malaysia dalam laman blog peribadi miliknya. Difahamkan kenyataan ini telah dipadam pada malam semalam. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab tersebut dikhuatiri akan menyentuh sensitiviti pelbagai pihak dan mencerminkan imej negatif kepada negara luar terhadap tahap keselamatan negara.

ATM merupakan perwira negara yang sentiasa bersiap siaga dalam apa jua rintangan demi mengekalkan kemakmuran negara tanpa mengira bangsa. Mereka rela berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara. Yang DiPertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia membuktikan fungsi dan kedudukan ATM begitu tinggi di Malaysia. Jasa dan pengorbanan anggota ATM tidak wajar dibalas dengan penghinaan. Malaysia yang bebas daripada pengaruh komunis dan penjajahan adalah hasil perjuangan mereka.

Sebagai rakyat Malaysia, ahli perniagaan ini seharusnya menghargai pengorbanan anggota tentera dan faham akan kepentingan dan peranan ATM dalam memelihara keamanan negara.

Sewajarnya kita mengharapkan agar ATM tidak melancarkan apa-apa serangan tembakan yang menandakan Malaysia sedang berperang. Adakah itu yang kita mahukan?

ATM dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tugasan walaupun dalam keadaan aman. Mereka dihantar ke seluruh dunia demi misi keamanan dan misi kemanusiaan hingga diiktiraf keupayaan mereka oleh PBB. Bahkan mereka jugalah yang terlibat dalam misi pengurusan bencana di dalam negara. Jasanya menjaga perbatasan daripada pencerobohan militan serta memintas penularan ideologi ekstrem DAESH tidak boleh dipandang enteng! Di universiti pasukan PALAPES dilatih dengan misi dan visi yang sama seperti ATM.

Penghinaan yang dilemparkan oleh ahli perniagaan ini telah melanggar Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan, tindakan perlu diambil kepada mana-mana pihak yang cuba menghina atau cuba menjatuhkan ATM. Tanpa cuba menegakkan benang yang basah. Republican menggesa tindakan tegas berdasarkan lunas undang-undang diambil ke atas pengeluar kenyataan biadap ini.

#KamiRepublican
#RepublicMahasiswa
#VarsitiIniRepublikKita

Fb : https://www.facebook.com/RepublicanUKM
Twitter : https://twitter.com/RepublicanUkm
Blogspot : http://republicanukm.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Pages