Selamat Datang Warga Varsiti

Author Image
Salam Warga Varsiti

Pengenalan

Republican UKM

Republicanisme adalah ideologi yang mendasari sebuah negara republik di mana pemimpin yang dilantik adalah bukan kerana penetapan oleh sekelompok individu atau system autokratik, tetapi melalui pemilihan demokratik. Unsur penting dalam republicanisme ialah hukum perlembagaan yang memindahkan kekuasaan negara kepada rakyatnya atau kekuasaan universiti kepada mahasiswanya. Republicanisme menekankan bahaya korupsi kuasa dan material serta mementingkan nilai kewarganegaraan ataupun nilai kemahasiswaan

Kebitaraan Republican

    BIDANG KEBERHASILAN MPP

  • Kebajikan Nik Nurdini bt. Wolseley
    Faris b. Osman
    Muhammad Hamka b. Mohd Nor
  • Akademik Muhammad Amirul Afiq b. Suhaimi
    Law Ming Fei
    Noralia Farisha bt. Nur Zamri
  • Prasarana Gan Jian Jie
    Nur Amalin Diyana bt. Mohamad
    Nur Najwa bt. Muhammad Nazim
  • Siswi Suhailah bt. Salahuddin
    Nur Aida bt. Suhaimi

Tonggak Republican

Kuasa Siswa!

Bagi memanifestasikan ideologi Republicanisme ini, seramai lingkungan 1500 responden telah diambil yang akan membentuk gugusan utama dalam pembawakan Republican UKM


#RepublikMahasiswa

#IniVarsitiKita

Partisipasi Mahasiswa

Mahasiswa perlu diiktiraf sebagai salah satu kumpulan dalam pemutus dasar universiti. Peraturan, dasar dan pekeliling yang dikeluarkan mestilah mendapat persetujuan bersama dan penguatkuasaan tersebut kemudiannya perlu mendapatkan maklum balas sebagai proses semakan terhadap penguatkuasaan tersebut

Autonomi Mahasiswa

Mahasiswa memiliki autonomi dalam menentukan hala tuju badan-badan pertubuhan pelajar dan bajet perbelanjaan daripada tabung dana persatuan masing-masing. Pentadbir akan berperanan dalam melicinkan operasi dan pemantau kepada integriti mahasiswa bagi mengelakkan salah laku di peringkat mahasiswa

Kesaksamaan Perwakilan

Jawatan-jawatan penting mahasiswa tidak lagi dipilih oleh sebahagian individu pelajar apatah lagi dilantik oleh pentadbir universiti dan perlu dibuka kepada proses pengundian pelajar baik di peringkat fakulti dan kolej. Perwakilan yang tulen akan menyuburkan gerakan mahasiswa dan benar-benar memperjuangkan isu kampus

Pemerkasaan Aktiviti Pelajar

Program anjuran mahasiswa tidak lagi boleh ditentukan oleh pentadbir universiti. Setiap permohonan dana yang diluluskan atau tidak diluluskan HEP bagi program mahasiswa juga perlu dijustifikasikan. Keseluruhan persatuan mahasiswa tanpa mengira latar belakang penglibatan politik harus diberikan keadilan secara saksama

Reformasi Universiti

Universiti perlu dibebaskan daripada sebarang pengaruh serta cengkaman politik demi kepentingan mana-mana parti politik. Mahasiswa perlu terlibat secara sepenuhnya dalam mengendalikan proses Pilihan Raya Kampus. Reformasi Universiti dituntut untuk memerdekakan minda mahasiswa daripada politik ketakutan

11

Perwakilan

3

Perwakilan Umum

8

Perwakilan Fakulti

5

Tonggak Perjuangan

Portal Mahasiswa

Penulisan Terbitan Warga Varsiti Kita

Hubungi Kami

Nayatakan Aduan @ Cadangan Anda Untuk Memperkasakan Varsiti Kita

Nama*


Aduan @ Cadangan*


  • Hubungi(sedang dikemaskini)
  • AlamatUniversiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
  • Emailrepublican.mahasiswa@gmail.com

Pages