BAB 2: KURSUS BERLANGSUNG, ASPIRASI TERPASUNG


UKM mencemarkan imejnya sebagai pemantau PRK Sg Kandis yang dilantik SPR apabila Pentadbiran UKM gagal mengelola tatacara Pilihan Raya Kampus (PRK) dengan baik seolah-olah mereka tidak berpengalaman mengendalikan PRK sebelum ini. Telah menjadi amalan Hal Ehwal Pelajar (HEP) semenjak dahulu untuk memberi notis tarikh Kursus Bakal Calon MPP adalah seminggu awal. Namun pada tahun ini, notis hanya dikeluarkan 3 hari sebelum pendaftaran nama.



Wajib kepada semua warga Republic varsiti ini untuk berfikir dan mempersoalkan amalan yang menyusahkan pelajar untuk membina gerakan mahasiswa yang subur dalam mencorak kampus ini. Wujud desas desus untuk menghalang mahasiswa daripada bertanding dengan pujuk rayu bahkan mengisi ketakutan dari pintu belakang agar mereka berundur diri dari menjadi calon. Desas desus ini seakan benar bila mana sosok bakal calon Aspirasi langsung tidak tampil muncul menghadiri kursus bersama-sama.


Kami mencabar Aspirasi untuk tampil bertanding di dalam PRK setelah laungan retorikal “mahasiswa pro universiti yang berkhidmat untuk kerajaan semasa” membuktikan kata-kata mereka. Kami juga mencabar Aspirasi untuk melangsaikan segala hutang manifesto yang tertunggak setelah diundi oleh majoriti mahasiswa sebelum ini. Republican percaya Aspirasi boleh menghantar calonnya sebagaimana tahun lalu walaupun mereka tidak menghadiri Kursus Bakal Calon.

Varsiti Ini “Republic” Kita

No comments:

Post a Comment

Pages