BAB 3: JANGAN BALING KERUSI!



Notis Pemilihan MPP UKM yang dikeluarkan pada 24 September 2018 telah menjumlah sebanyak 40 kerusi yang dipertandingkan menunjukkan pertambahan satu kerusi berbanding 39 kerusi pada sesi 2017/2018. Berdasarkan penelitian lanjut, Republican UKM mendapati perubahan pada 3 kerusi fakulti iaiti Kerusi F1.13 (FST) bertambah 1 kerusi dan juga Kerusi F3.25 (FTSM), iaitu kerusi baharu yang diwujudkan. Manakala Kerusi F3.21 (FKAB) dikurangkan 1 kerusi yang dipertandingkan.


Berdasarkan deskripsi ringkas ini, Republican UKM menyambut baik perubahan kerusi yang dipertanding kerana dilihat bersesuaian dengan Tonggak Pertama Republican UKM iaitu Partisipasi Mahasiswa dan juga Tonggak Ke-3 iaitu Kesaksamaan Perwakilan. Pertambahan kerusi dari 2 fakulti ini membuka ruang hampir kepada 6 orang pelajar untuk bertanding jika berlaku pertembungan 3 penjuru. Walaupun berbeza kumpulan, namun Republican UKM sangat menggalakkan mahasiswa untuk turut berpartisipasi sebagai calon yang menujukkan penglibatan mahasiswa secara aktif. 

Pertambahan kerusi ini juga bersesuaian dengan kesaksamaan perwakilan di mana MPP yang bakal berkhidmat memiliki latar belakang yang lebih bervariasi selaras dengan kemajmukan mahasiswa-mahasiswa UKM terutama dari FST, manakala pelajar tahun 3 serta tahun 4 dari FTSM juga memiliki suara untuk diwakili.

Pada pandangan Republican, kerusi FKAB 3/4 adalah tidak perlu dikurangkan walaupun atas faktor bilangan pelajar tahun 3 dan tahun 4. Pentadbiran perlu mengambil kira juga aspek keluasan ruang FKAB yang perlu dibantu selia oleh lebih ramai MPP supaya membolehkan pembangunan yang dilakukan di FKAB lebih komprehensif.

Demi memastikan Reformasi Universiti dilakukan dengan jayanya melalui proses partisipasi mahasiswa dan kesaksamaan perwakilan yang lebih baik, Republican UKM perlu diberi kepercayaan untuk menambah baik keseluruhan Tatacara Pilihan Raya Kampus pada sesi seterusnya. Jadi, mahasiswa tidak perlu berebut kerusi dan adanya adegan membaling kerusi.

Varsiti Ini “Republic” Kita

No comments:

Post a Comment

Pages