ANALISIS REPUBLICAN UKM

Sebanyak 1400 borang soal selidik yang dijalankan oleh Republican UKM ke atas mahasiswa. Borang soal selidik ini tertumpu pada 4 kategori saol selidik iaitu: Bahagian A: Demografi Responden Bahagian B: Fakulti Bahagian C: Kampus Bahagian D: Cadangan Soal selidik ini dianalisis oleh Unit RnD Republican yang menjadi asas kepada tawaran yang dibawa oleh individu calon dan juga pembawaan Republican secara berkumpulan dalam membawa agenda Reformasi Universiti. Republican UKM wajar menjadi pilihan pengundi 'Republic' untuk memberi mandat kepada individu calon yang bertanding agar keseluruhan tawaran berjaya dipenuhi. Tanpa penubuhan kerajaan Republic di UKM, tawaran secara berkumpulan mustahil untuk dilaksanakan dan merencatkan Reformasi Universiti yang menurunkan kekusaan universiti kepada kekuasaan mahasiswa menerusi 5 tonggak Republican UKM.


Pengangkutan awam menjadi mod pengangkutan utama di UKM bukan disebabkan sebuah pilihan keterpaksaan kerana kekuragan lot parkir di UKM. Maka perkhidmatan bas adalah mod pegangkutan wajib yang digunakan oleh mahasiswa UKM.

Perkhidmatan bus menjadi hak asasi kepada mahasiswa untuk menjalani rutin aktiviti harian mereka di fakulti dan juga pergerakan dari kolej ke tempat-tempat yang lain. Sehubungan dengan itu, peningkatan kemudahan awam menjadi keutamaan dalam perjuangan Republican UKM.

Antara penambah baikan yang dicadangkan oleh responded terhadap perkhidmatan bas adalah:
1. Memendekkan tempoh kekerapan perjalanan bas.
2. Menyemak kembali laluan perjalanan bas
3. Menyediakan jadual perjalanan bas di setiap perhentian bas




Tinjauan yang dilakukan mendapati seramai 56% mahasiswa adalah terdiri daripada golongan B40 yang dihimpit oleh kos sara hidup bahkan lebih menekan dalam kehidupan kampus di bandar.

Dapatan Republican UKM juga menunjukkan terdapat kes di mana pelajar perlu berpuasa, mencatu pemakanan mereka untuk mengurangkan perbelanjaan dengan menu yang tidak memiliki zat yang mencukupi. Terdapat juga kes pelajar tidak datang ke kuliah kerana kelaparan. Selain makanan juga, para pelajar juga terpaksa melakukan kerja sambilan bagi menampung keperluan hidup dan membeli barangan dan peralatan bagi keperluan pengajian.

Dapatan ini menjadi indikator kepada pemerkasaan sokongan kebajikan pelajar dengan meningkatkan jaringan setiap unit kebajikan di UKM dan juga unit zakat dan bantuan dari agensi luar.



Penggunaan internet menjadi hak asasi kepada mahasiswa kerana dianggap sebagai keperluan mendapatkan nota kuliah dan bahan bacaan tambahan. Penggunaan WiFi juga adalah kurang daripada 50% disebabkan frekuensi WiFi yang lemah sehingga memaksa pelajar menjadikan penggunaan 'mobile data' sebagai penggunaan dominan.

Dapatan ini menunjukkan juga status UKM sebagai Kampus Digital berada pada tahap yang tidak memuaskan terutama jaringan internet. Keburukan dari kelemahan ini menjadikan bebanan perbelanjaan pelajar bertambah untuk menampung keperluan internet.

Perkhidmatan Wi-Fi di UKM perlu ditambah baik dari segi capaiannya di seluruh kawasan dengan frekuensi yang stabil melalui pertambahan peralatan yang diperlukan.

Peningkatan capaian jaringan internet secara menyeluruh di kampus Bangi dan KL, UKM akan mengurangkan bebanan perbelanjaan kerana tahap kebergantungan terhadap 'mobile data' juga dapat diturunkan.

No comments:

Post a Comment

Pages