Pilihan Raya Kampus 2018 menjadi titik permulaan kepada kesuburan aktivisme politik mahasiswa dengan menjamin hak dan kebebasan akademik dan bersuara serta menyediakan padang yang lebih terbuka. Kesuburan ini dibuktikan dengan pertembungan 5 penjuru daripada 4 parti dan entiti bebas terutamanya bagi Kerusi Umum. Menarik PRK 2018 sebagai isyarat mahasiswa bahawa tidak wujud sebuah parti dominan yang mampu membentuk majoriti mudah dalam pembentukan Kerajaan PMUKM yang memerlukan 20 kerusi. Keputusan PRK kali ini memperlihatkan Republican UKM memenangi 11 kerusi terbanyak dan diikuti Inspirasi dan Revolusi Mahasiswa masing-masing berjumlah 9 kerusi serta berbaki Demokrat UKM memiliki 6 kerusi dan 3 kerusi Bebas.
Republican UKM perlu bersifat realistik bahawa mahasiswa memiliki pilihan mereka tersendiri dan di atas tonggak ke-3 Republican UKM kesaksamaan perwakilan memberi erti bahawa setiap suara parti dalam perwakilan UKM tidak boleh disenyapkan bahkan perlu diketengahkan bersama di atas kesatuan suara mahasiswa sesuai dengan peribahasa ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.
Setelah mengambil kira tonggak dan prinsip, setelah mengambil kira keadilan buat mahasiswa, 11 MPP ini ingin membawa satu lagi pembaharuan dalam lanskap politik kampus dengan memperkenalkan model baharu kepimpinan PMUKM dalam bentuk Kerajaan Perpaduan juga dikenali sebagai Kerajaan Mahasiswa. Secara peribadinya dicetuskan oleh Saudara Afiq demi menyatupadukan blok-blok mahasiswa. Bentuk kerajaan ini adalah bukti bahawa setiap parti mahasiswa tidak lagi boleh politiking tetapi perlu merendahkan ego masing-masing berganding bahu dan seiring senada dalam memperjuangkan isu-isu kemahasiswaan.
Kerajaan Mahasiswa juga memiliki mekanisme semak dan imbang yang lebih baik daripada model ‘Kerajaan-Pembangkang’ kerana setiap kumpulan akan adanya perwakilan Majlis Tertinggi dalam institusi PMUKM. Tiada kuasa yang dominan dan kuasa tuntutan dan rundingan antara setiap kumpulan akan lebih diseimbangkan. Inilah juga yang dihasratkan oleh Republican UKM agar model ini menjadi satu rahmat dan diteruskan pada masa akan datang. Inilah juga yang dihasratkan oleh Republican UKM menerusi falsafahnya memindahkan Kekuasaan Universiti kepada Kekuasaan Mahasiswa serta menekankan korupsi kuasa dan material. Tidak dapat dinafikan bahawa ‘absolute power, corrupt absolutely’.
Atas rasa kerendahan diri, Republican UKM mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga mahasiswa dan semoga cadangan ini memberi kebaikan kepada segenap kumpulan mahasiswa. Ini bukanlah masa untuk mendakwa mahasiswa bersama Republican UKM tetapi Republican UKM bersama mahasiswa!

Varsiti Ini ‘Republic’ Kita
No comments:
Post a Comment